JLG, CENERGI JALIN USAHASAMA LIBATKAN PELABURAN RM140 JUTA


JLand Group (JLG) dengan kerjasama Cenergi SEA Berhad (Cenergi) menandatangani pelaburan RM140 juta bagi pemasangan sistem solar atas bumbung di kawasan taman perindustrian JLG. | Foto MDJ Wira Anggara

 

JLand Group (JLG) menjalin usahasama strategik dengan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) melibatkan pelaburan RM140 juta bagi pemasangan sistem solar atas bumbung dan penyelesaian kecekapan tenaga untuk pengguna komersial dan industri di semua taman perindustrian JLG.

 

Kedua-dua pihak akan melabur, memasang, mengendali operasi dan menyelenggara solar atas bumbung dan melaksanakan penyelesaian kecekapan tenaga dengan fasa pertama dijangka menyumbang kira-kira 13,000MWh generasi tenaga hijau dan penguranan pelepasan 8,000 tan karbon setiap tahun.

 

Sistem solar atas bumbung ini akan dibangunkan oleh skim Met Energy Metering (NEM) dan Self-Consumption (SELCO) yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh diperbaharui dalam kapasiti terpasang pada 2025.

 

Kluster perindustrian terutama industri berat dikenal pasti sebagai penyumbang sebahagian besar pelepasan karbon dioksida global sekali gus mendorong kepada peningkatan usaha terhadap pengurangan pelepasan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor