JOHOR JADI TUAN RUMAH FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

YBhg. Tuan Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) YWJ. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kemeriahan Tahun Melawat Johor 2026 terus terserlah apabila negeri ini bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 Kali Ke-30 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Jun 2026 di Padang Akasia, Plaza Angsana Johor Bahru.
Festival anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia serta Yayasan Warisan Johor (YWJ) ini akan mengangkat tema ‘Muzium Menyatukan Dunia Yang Terpisah’, sekali gus memperkasakan peranan muzium sebagai institusi yang mampu menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh sempadan geografi, perbezaan budaya, bahasa dan latar belakang sosial.
FHMAPK kali ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk Malam Kerohanian Muzium, Program Muzium dan Komuniti, Persembahan Kebudayaan, Teluk Belanga Fun Walk, Bengkel Zapin dan aktiviti lain yang dilihat boleh mengeratkan lagi hubungan antara muzium dengan masyarakat.
Penganjuran acara tahunan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi peranan Johor sebagai destinasi pelancongan utama warisan dan budaya, sekali gus merealisasikan hasrat YAB Menteri Besar Johor yang menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Terdahulu, YBhg. Tuan Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan, dan Budaya Negeri Johor menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) YWJ.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan YBrs. Encik Nor Syazlan Abd Razak, Pengarah YWJ.
#JohorSafeZone
#FHMAPK
#TourismJohor
#TahunMelawatJohor2026
#JabatanMuziumMalaysia
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


