JOHOR MAHU HAPUS JURANG BANDAR DAN LUAR BANDAR


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor komited merapat dan menghapuskan jurang kualiti hidup antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan strategi dan objektif dalam usaha mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Pelbagai inisiatif sudah dan akan dilaksanakan termasuk mewujudkan peluang ekonomi dan persekitaran yang kondusif supaya setiap lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan.

 

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas peruntukan lebih RM200 juta bagi pelaksanaan program dan projek termasuk baharu dan sambungan pada tahun ini.

 

Kesemua program dan projek itu melibat pelbagai aspek seperti pembangunan sosial, ekonomi, infrastruktur dan kemudahan serta pembangunan modal insan komuniti luar bandar.

 

Selain itu, pihak FELDA Wilayah Segamat dan Johor Bahru juga telah diperuntukkan lebih RM100 juta bagi pelaksanaan projek jalan pertanian dan jalan kampung FELDA pada tahun ini.

 

Malah Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan Geran pembangunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Negeri Johor dengan jumlah keseluruhan RM1.06 juta.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15, semalam.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor