JOHOR SELESAI 613 ISU RAKYAT MELALUI MESYUARAT TINDAKAN DUN

Sebanyak 613 isu rakyat berjaya diselesaikan menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) sepanjang tahun lalu melibatkan peruntukan hampir RM700 juta hasil pelaksanaan pendekatan 3T1M yang menekankan turun padang, kerja berpasukan, tindakan pantas dan pemantauan menyeluruh. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Sebanyak 613 isu rakyat yang dibangkitkan sebelum ini telah berjaya diselesaikan menerusi pelaksanaan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) yang diadakan sepanjang tahun lalu dengan jumlah peruntukan mencecah RM700 juta.

 

Pencapaian tersebut merupakan hasil pelaksanaan pendekatan 3T1M yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2024 merangkumi turun padang, gerak kerja berpasukan, tindakan pantas dan pemantauan mikro bagi memastikan setiap isu rakyat dapat ditangani secara lebih menyeluruh dan berkesan.

 

Bagi tahun 2026, sebanyak 358 projek sedang dilaksanakan menerusi MTD dengan nilai peruntukan sebanyak RM43.5 juta melibatkan pelbagai isu pembangunan dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

 

Pelaksanaan pendekatan itu turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pegawai Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Datuk Bandar serta agensi Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan oleh rakyat dapat diselesaikan secara bersepadu.

 

Pendekatan ‘whole of nation approach’ yang dilaksanakan turut membolehkan penyelesaian dibuat secara lebih efektif tanpa hanya bergantung kepada peruntukan dana Kerajaan Negeri semata-mata.

 

Pada masa sama, Kerajaan Negeri mengakui masih terdapat beberapa permintaan serta isu berskala besar yang masih memerlukan penelitian lanjut termasuk melibatkan implikasi kos yang tinggi sebelum ia dapat dilaksanakan, kelak.

 

Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan setiap isu rakyat bukan sahaja diberi perhatian serius, tetapi ia juga akan turut ditangani secara proaktif demi kesejahteraan Bangsa Johor.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#DewanNegeriJohorKe15
#MesyuaratTindakanDUN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor