JOHOR TAMPILKAN PROGRAM ISTIMEWA BOLA SEPAK KUDUNG


Perlawanan demo bola sepak kudung melibatkan pemain-pemain bola sepak kudung dari seluruh negara dan juga penampilan istimewa pemain-pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Negeri Johor menjadi destinasi pertama bagi Jelajah Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’.

 

Satu perlawanan demo bola sepak kudung telah diadakan di Kompleks Beli Belah Toppen Johor Bahru. Perlawanan demo bola sepak kudung melibatkan pemain-pemain bola sepak kudung dari seluruh negara dan juga penampilan istimewa pemain-pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Presiden Bola Sepak Orang Kudung, Fakri Raimi, memberitahu pihaknya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan, JDT dan orang ramai kerana memberi peluang dalam mengetengahkan acara sukan ini.

 

“Saya berharap dengan program seperti hari ini akan dapat membuka mata kepada orang ramai tentang kewujudan bola sepak orang kudung khususnya di Negeri Johor” jelas Presiden Bola Sepak Orang Kudung, Fakri Raimi.

 

Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Khairil berkata, beliau berasa teruja dengan Program Projek Tongkat ini yang disifatkannya membantu golongan orang kurang upaya untuk menonjolkan diri dalam pelbagai bidang.

 

“Mereka sepatutnya perlu diberi lebih perhatian daripada orang ramai supaya tidak ada rasa dipinggirkan kerana mereka juga mempunyai bakat terpendam sebagaimana yang wujud dalam diri orang lain,” katanya.

 

Pada program itu, Pemain JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Fernando Forestieri turut meluangkan masa bermain bola sepak tongkat bersama orang ramai yang berkunjung ke Program Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’.

 

#ProjekTongkat #SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor