JTDC TERUS KOMITED WUJUD LEBIH BANYAK PELUANG KERJAYA

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Sesi Walkabout JTDC Job Fair X MYFuture Jobs Johor 2025 @ UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#BatuPahat – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor terus komited menyediakan pelbagai inisiatif strategik bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya di negeri ini.
Inisiatif terbaharu dilaksanakan adalah JTDC Job Fair X MYFutureJobs Johor 2025 @ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melibatkan 41 majikan ternama menawarkan pekerjaan bergaji kompetitif kepada pencari kerja dan menjadi platform kepada graduan universiti yang sedang membina kerjaya.
Menerusi inisiatif tersebut, seramai 442 pencari kerja menjalani sesi temu duga sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menyediakan bakat dan tenaga kerja bagi mengisi peluang pekerjaan berkualiti bersesuaian dengan keperluan industri.
Antara majikan yang terlibat dalam karnival kerjaya dianjurkan adalah Princeton Digital Group, Food Excellence Specialist, Johor Plantation, Ramatex Group, Medivest Sdn. Bhd., Tiong Nam Logistics, Woh Hup Malaysia, CTI International (M) Sdn. Bhd., Columbia Asia Sdn. Bhd. dan OCBC Bank Malaysia.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Sesi Walkabout JTDC Job Fair X MYFuture Jobs Johor 2025 @ UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, hari ini.
#JTDC
#PERKESOJohor
#MYFutureJobs
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor