KALENDAR ACARA MAJESTIC JOHOR 2023 DILANCARKAN
ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar melancarkan Kalendar Acara Majestic Johor 2023, semalam.
Menurut beliau, kalendar tersebut memberi fokus terhadap lapan acara utama dan pelbagai acara lain yang bersifat antarabangsa dan domestik dengan menyasarkan kehadiran lebih sejuta pengunjung.
Selain itu, turut diadakan pelancaran Pelan Perancangan Strategik Pelancongan Johor 2023-2027 yang akan menjadi panduan kepada pelaksanaan serta pemantauan bagi perancangan pelancongan ditetapkan.
“Semoga Pelan Perancangan Strategik Pelancongan Johor 2023-2027 menjadi satu dokumen rujukan hala tuju Tourism Johor dalam memastikan negeri Johor sebagai destinasi pelancongan bermutu tinggi menjelang tahun 2027,” kata beliau.
Sementara itu, Raven Kumar turut mengajak semua pihak untuk berganding bahu menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia.
“Ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Industri Pelancongan Johor di atas pelbagai usaha untuk mengerakkan industri ini.
“Semoga usaha murni kita ini akan berjaya serta dapat memajukan nama Negeri Johor sebagai lokasi atau pusat pelancongan yang mempunyai daya tarikan tertinggi di Malaysia dan juga persada dunia,” kata beliau.
Turut hadir, Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor