KERAJAAN JOHOR KAJI DESTINASI PENERBANGAN BAHARU


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar diberikan taklimat mengenai pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai | Sumber Facebook Raven Kumar Krishnasamy.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sedang mengkaji destinasi penerbangan baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Negeri Johor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, sehingga kini, terdapat 16 destinasi penerbangan melibatkan 12 penerbangan domestik dan empat ke negara ASEAN.

 

“Kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa destinasi-destinasi penerbangan yang baru yang mana destinasi destinasi ini akan meningkatkan lagi kadar pelancongan di Negeri Johor.

 

“Dalam masa yang sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sedang dinaiktaraf dengan penambahan lima pintu berlepas.

 

“Ini menjadikan keseluruhan sembilan pintu berlepas yang boleh menampung 5 juta penumpang setahun,” katanya dalam Facebooknya.

 

Terdahulu, Raven Kumar mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

 

Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga ADUN Tenggaroh telah diberi taklimat mengenai pengurusan lapangan terbang tersebut.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor