KERAJAAN JOHOR SEDIA KELUARGA ASNAF KEDIAMAN LEBIH SELESA


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, menyantuni keluarga asnaf di Kampung Baru Sungai Johor, Ulu Tiram. | Foto MDJ Liyana Iwana

 

Lima beranak yang tinggal di sebuah pondok di Kampung Baru Sungai Johor, dekat Ulu Tiram, mendapat pembelaan daripada Kerajaan Johor bersama pelbagai pihak berkaitan.

 

Pasangan Mohd Farid Md Yusof dan Noorazlina Abdullah bersama tiga cahaya mereka berusia lapan bulan hingga tiga tahun dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa disediakan oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi.

 

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, hari ini, telah menyantuni keluarga asnaf itu dan memujuk mereka untuk berpindah.

 

Keluarga tersebut dipindahkan ke rumah yang dibiayai sewaannya oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta turut akan menerima pelbagai jenis bantuan sara hidup dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MAINJ sendiri.

 

Selain itu, Mohd Fared juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi memujuk keluarga itu untuk berpindah selari dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi agar mereka diberikan kediaman lebih selesa.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor