KERAJAAN NEGERI PASTIKAN ORANG ASLI TIDAK TERCICIR


Masyarakat Kampung Orang Asli (KOA) Putting di Segamat yang dipilih sebagai projek rintis KOA Sejahtera Peringkat Negeri Johor.

 

Kerajaan Johor terus komited memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini, tidak tercicir dalam agenda pembangunan dilaksanakan sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Bagi tujuan tersebut, Kampung Orang Asli (KOA) Putting di Segamat telah dipilih melaksanakan projek rintis KOA Sejahtera Peringkat Negeri Johor melibatkan peruntukan berjumlah RM300,0000 bagi melaksanakan program pendidikan, ekonomi dan keceriaan kampung.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan masyarakat Orang Asli.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menetapkan sasaran supaya anak masyarakat Orang Asli di Johor memasuki universiti awam dan swasta pada tahun ini, seperti dihasratkan Timbalan Perdana Menteri I, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mei lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor