KERAJAAN JOHOR SERIUS ATASI ISU KESESAKAN TRAFIK


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menangani kesesakan bandar raya Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian ke atas isu kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang yang berlaku berikutan pertambahan bilangan kerja pembaikan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

 

Sebanyak 27 lokasi kerosakan sudah menerima peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini untuk dilakukan baik pulih, hasil usaha bersepadu Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bagi menyelesaikan isu berkenaan.

 

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan sebuah jawatankuasa khas menangani kesesakan bandar raya Johor Bahru juga ditubuhkan.

 

Jawatankuasa disertai jabatan dan agensi berkaitan itu sudah bermesyuarat sebanyak dua kali bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang sering berlaku kesesakan sekitar kawasan bandar raya.

 

Bagi tujuan penambahbaikan, jawatankuasa turut meneliti beberapa cadangan selain terbuka menerima cadangan daripada pelbagai pihak malah komited meneliti lokasi kesesakan, kaedah menangani, pemantauan kerja serta melihat prosedur operasi standard (SOP) kerja.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor