KERAJAAN NEGERI TERUS MENYANTUNI GOLONGAN OKU
ISKANDAR PUTERI — Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) Nusajaya menganjurkan Program Cupcake Anak-Anak Istimewa PKPDK di Dewan Kampung Sungai Melayu, Kota Iskandar, di sini, pada Ahad.
Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.
Sebanyak lapan PKPDK Daerah Johor Bahru terlibat dalam program tersebut iaitu PDK Nusajaya, PDK Kempas, PDK Puteri Wangsa, PDK Ulu Tiram, PDK Permas Jaya, PDK Johor Jaya, PDK Tanjung Puteri, dan PDK Kota Masai.
Khairin-Nisa berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan meraih dana bagi pembangunan dan kebajikan anak-anak dibawah naungan PKPDK.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat pada hari ini (Ahad). Saya berharap agar program-program seperti ini terus diadakan di mana dapat mencari bakat dalam golongan ini dan secara tidak langsung dapat meraih lebih dana bagi pembangunan serta kebajikan anak-anak di dalam PDK tersebut,” katanya.
Turut hadir, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad; Pengerusi PKPDK Nusajaya, Datin Rosmah Saim serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor