KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM58 JUTA BAIKI JALAN ROSAK AKIBAT BANJIR


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melakukan tinjauan pasca banjir ke Jalan Persekutuan FT3 Jalan Johor Bahru-Endau. | Foto Kementerian Kerja Raya

 

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM58 juta bagi membaik pulih 10 jalan persekutuan yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini , antaranya membabitkan jalan FT3 (Jalan Johor Bahru-Endau), FT91 (Jalan Kota Tinggi-Kluang) dan FT50 (Jalan Batu Pahat-Mersing).

 

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas melakukan tinjauan pasca banjir ke Jalan Persekutuan FT3 Jalan Johor Bahru-Endau.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM21.2 juta disalurkan bagi kerja-kerja membaiki turapan jalan, manakala sebanyak RM7.95 juta pula dikhususkan untuk kerja menaik taraf longkang dan sistem pembentungan jalan.

 

Sementara itu, kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh dijangka akan menelan belanja sebanyak RM27.31 juta dan kos RM1.6 juta pula diperuntukkan bagi membaiki jambatan yang rosak.

 

Pada tinjauan sama, Alexander juga mengumumkan empat lokasi di Jalan Kota Tinggi-Mersing akan dinaik taraf dengan kos berjumlah RM120 juta.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor