KG SUNGAI MELAYU, TARIKAN EKO PELANCONGAN


Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri menyediakan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Eco Tourism Kampung Sungai Melayu seperti pakej ‘boat tour’, program ‘learning’ dan bermacam lagi. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Jika anda ke Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri, pasti apa yang mula-mula terlintas dibenak fikiran ialah keenakan masakan asam pedasnya yang menyelerakan.

 

Namun, Kampung Sungai Melayu ini sebenarnya menyediakan lebih daripada itu kerana ia juga turut dianugerahkan tuhan dengan persekitaran alam semula jadi yang mempersonakan.

 

Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman menyeronokkan dengan menaiki bot untuk menyusuri sungai yang dibarisi pohon bakau dan suasana perkampungan nelayan yang terletak berhampiran.

 

Selain itu, di Kampung Sungai Melayu ini juga turut menyediakan pakej menarik yang disediakan oleh pihak Eco Tourism Kampung Sungai Melayu yang antaranya ialah pakej ‘boat tour’, program ‘learning’ dimana kanak-kanak diajar untuk menangkap ketam dan juga cara menggunakan jala, pakej jejak Kampung Melayu, pakej memancing dan juga menyaksikan pelbagai spesies burung hijrah dari November hingga Mac.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah menghubungi:-

Puan Sharifah
Pengurus Eco Tourism Kampung Sungai Melayu
Tel: +6019 704 5904
Emel: sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat: Sungai Melayu Eco Tourism, 80200 Johor Bahru

 

#SantaiMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor