KERJA NAIK TARAF ZOO JOHOR BERMULA JULAI


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata Kerajaan Negeri Johor dalam proses akhir memilih kontraktor yang akan melaksanakan kerja menaiktaraf (Zoo Johor). | Foto MDJ, Nurina Aisyah.

 

JOHOR BAHRU — Kerja menaik taraf Zoo Johor yang merupakan zoo tertua di negara ini, akan mula dilaksanakan pada bulan hadapan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri ketika ini dalam proses akhir memilih kontraktor bagi melaksanakan naik taraf zoo berusia 95 tahun itu.

 

“Ketika ini proses agak perlahan dari segi dokumentasi dan kerajaan negeri johor dalam proses akhir memilih kontraktor yang akan melaksanakan kerja menaiktaraf (Zoo Johor).

 

“Peringkat itu akan bermula pada bulan hadapan (Julai) dan tempohnya seperti dimaklumkan Menteri besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dijangka siap pada bulan Disember ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Forum Bandar Pintar Johor (JSCF) 2023, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

 

Mohd Jafni, kerja naik taraf di Zoo Johor melibatkan pembangunan infrastuktur seperti penambahan tempat letak kereta di luar, pintu gerbang dan penukaran sistem tiket fizikal kepada digital.

 

“Akan datang, jika pengunjung ingin dapatkan tiket mereka boleh buat secara dalam talian contohnya melalui aplikasi ‘JohorPay’ untuk masuk ke zoo ini,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor