KERJA NAIKTARAF JALAN MERSING-KOTA TINGGI GIAT DILAKSANAKAN
MERSING — Kerja menaiktaraf jalan Mersing ke Kota Tinggi sudah mula dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya khususnya rakyat Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja menaiktaraf tersebut telah dilaksanakan sejak bulan September lalu, dan enam lokasi sudah diperbaiki setakat ini.
“Ramai yang mengadu tentang isu jalan Mersing ke Kota Tinggi. Untuk makluman orang Mersing, sejak PH mengambil alih kerajaan pada tahun 2018, hampir empat tahun jalan Mersing ke Kota Tinggi tidak diselenggara.
“Saya pun tidak pasti apa yang dibuat oleh Ahli Parlimen Mersing. Sebab itu jalan berlubang dan rosak teruk. Namun, sukacita saya laporkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sudah mula dilaksanakan sejak bulan September tahun ini. Setakat ini enam lokasi telah diperbaiki,” katanya menerusi posting dimuatnaik dalam Facebook rasminya.
Onn Hafiz turut menzahirkan komitmen dirinya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh untuk memantau sendiri jadual pelaksanaan kerja naiktaraf tersebut.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepa