KETUA-KETUA JABATAN SAIN SSPA
Enam Ketua Jabatan di bawah seliaan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) hari ini menandatangani dan menerima tawaran opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Mendahului senarai enam ketua jabatan tersebut adalah YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang disaksikan oleh YB Dato’ Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).
Turut menurunkan tandatangan, YBhg. Puan Tazrina Ahmad, Pengarah Media Digital Johor; YBhg. Encik Sharifulizan Sharifudin, Setiausaha Bahagian ICT@Johor dan YBhg. Encik Khirul Nizam Mat Said, Pengarah Jabatan Landskap Negeri Johor.
Selain itu, YBhg. Puan Afzan Azhari, Ketua Pengurus Operasi Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor dan YBhg. Dr. Haji Joharudin Samion, Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Menteri Besar Johor.
Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor menandatangani dan menerima tawaran opsyen SSPA pada minggu lalu selain menyeru ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri turut berbuat sedemikian sebelum 30 November ini.
Selain diyakini mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, opsyen SSPA juga menjadi galakan serta motivasi kepada pegawai mahupun kakitangan sokongan Kerajaan Negeri.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor