KKM IKTIRAF KKKP UTHM PENGANJUR KEMPEN DERMA DARAH PALING KOMITED


Timbalan Pengerua 1 Kolej Kediaman Pagoh Universiti Tun Huseein Onn Malaysia, Dr Mohd Faisal Hushim menerima pengiktirafa KKM yang disampaikan oleh Ketua dan Pakar Unit Perubatan Transfusi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Dr Rosainan Senan / Foto Ihsan UTHM.

 

PAGOH — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengiktiraf Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai penganjur kempen derma darah paling komited dan responsif bagi negeri Johor.

Pengiktirafan itu hadir sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 dan KKKP UTHM juga turut dicalonkan untuk mewakili Johor untuk ke peringkat kebangsaan.

Timbalan Pengetua 1 KKKP UTHM, Dr Mohd Faisal Hushim, berkata program kempen derma darah ini sentiasa dilaksanakan dan ianya terbuka kepada semua pelajar dan juga penduduk di sekitar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

“Berpegang kepada prinsip UTHM Prihatin dan kerjasama erat bersama Unit Perubatan Transfusi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, pihak kolej kediam akan sentiasa komited dalam mempromosikan dan mengalakkan masyarakat sekitar untuk menderma darah.

“Menerusi pengiktirafan KKM ini ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi semangat pihak KKKP UTHM untuk terus menjadi tunjang utama sebagai penganjur program derma darah.

“Secara tidak langsung kami berharap dengan adanya inisiatif yang dilakukan ini juga dapat memastikan stok bekalan darah negara sentiasa pada paras optimum,” katanya dalam kenyataan di laman sosial rasmi UTHM hari ini.

Terdahulu, Dr Mohd Faisal menerima pengiktirafan daripada pihak KKM yang disampaikan oleh Ketuan dan Pakar Perubatan Transfusi HPSF, Dr Rosaina Senan.

Pada Ogos lalu, KKKP UTHM juga turut menerima pengiktirafan daripada HPSF sebagai penganjur kempen derma darah dengan kutipan tertinggi pada Majlis Apresiasi Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah.

Selain itu, pencalonan KKKP UTHM ke peringkat kebangsaan juga turut dipersetujui oleh semua Pusat Kutipan Darah Negeri Johor seperti HPSF, Hosputal Sultanah Aminah (HSA), Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Hospital Sultanah Nora Ismail dan Hospital Segamat.

Lebih memberangsangkan, pencalonan KKKP UTHM ini turut menerima sokongan padu daripada pihak Pusat Darah Negara yang berpusat di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, bagi tahun 2022 sahaja, pihak KKKP UTHM berjaya melaksanakan 10 kali program derma darah yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak hospital.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor