KPDN JOHOR KOMITED UNTUK MEMASTIKAN MASYARAKAT TIDAK TERBEBAN


Lilis Saslinda Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor melakukan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di Pasaraya NSK Tebrau. – Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengingatkan golongan peniaga supaya tidak sewenangnya menaikan harga barangan terutama ketika tempoh menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, minggu ini.

 

Peringatan itu diberikan Lilis Saslinda Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor yang turut memberi amaran kegagalan mematuhinya akan menyebabkan tindakan kompaun akan dikenakan serta merta mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

 

Justeru, Lilis Saslinda menyeru semua golongan peniaga bukan sahaja mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina tetapi juga sentiasa menjaga etika dengan tidak menaikan harga barang sewenang-wenangnya.

 

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan SHMMP Tahun Baharu Cina di Pasaraya NSK Tebrau yang turut dihadiri Muhammad Aizudin Mohd Said, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Negeri Johor dan 10 penguatkuasa agensi berkenaan.

 

Mengulas lanjut, SHMMP untuk sambutan Tahun Baharu Cina akan bermula dari 6 hingga 14 Februari ini dan pihak kementerian juga sudah mengenal pasti 11 jenis barang keperluan utama ketika musim perayaan terbabit kali ini.

 

Beliau berkata, pihak kementerian telah mengenal pasti 11 jenis barangan keperluan utama ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan pada masa sama KPDN Negeri Johor akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

 

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor