LEBIH 36,000 PENGUNJUNG SERBU MAJESTIC JOHOR GEGAR RAYA 2023


Pihak penganjur Gegar Events di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Lebih 34,000 pengunjung hadir ke Majestic Johor Gegar Raya 2023 yang menampilkan beraneka jenis kelengkapan Aidilfitri kali ini mencakupi peragaan busana hinggalah kepada tata rias penjagaan diri.

 

Selain itu, Majestic Johor Gegar Raya 2023 ini juga turut menyediakan pelbagai hidangan menarik sama ada untuk berbuka puasa atau kuih muih untuk santapan dipagi Syawal nanti.

 

Pengarah Programnya, Muhammad Faiz Ariff Amzah, berkata pihaknya bersyukur kerana edisi sulung Majestic Johor Gegar Raya 2023 yang dianjurkan Gegar Event dengan kerjasama Tourism Johor mendapat sambutan yang memberangsangkan.

 

“Setakat ini, Alhamdulillah lebih 36,000 sudah mengunjungi program ini yang menampilkan 88 gerai di bahagian dalam dewan manakala 34 gerai lagi terutama membabitkan penyediaan makanan di bahagian luar.

 

“Sebelum ini kita banyak membuat program terutama membabitkan Aidilfitri ini di sekitar Lembah Klang sahaja tetapi pada tahun ini, kita cuba membuat kelainan dengan mengadakan penganjuran seumpama ini di Johor Bahru pula,” katanya ketika ditemui Media Digital Johor.

 

Muhammad Faiz Ariff berkata, Majestic Johor Gegar Raya 2023 ini juga kita turut membawakan beberapa jenama terkenal tanah air namun masih belum mempunyai cawangan operasinya, selain turut membawakan produk keluaran daripada artis terkenal.

 

“Antara jenama yang kita bawa ialah 7Zikr oleh Shaheizy Sam dan Khalifa_Exclusive selain makanan tular seperti Kunafa Ojen, Sushika, Tapawteam dan banyak lagi.

 

“Selain kita juga membawakan jenama terkenal seperti Hijabista Hub, Bulan Bintang, Elrah, Sugar Bomb dan Wardah. Paling uniknya, ia dijual pada harga promosi,” katanya.

 

Beliau berkata, selain itu Majestic Johor Gegar Raya 2023 ini juga turut menampilkan beberapa selebriti tanah air seperti Risteena, Ruhainies, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor