YRZSNJ TERIMA 500 SET GAS UNTUK MANGSA BANJIR DAERAH BATU PAHAT


Sesi penyampaian mock cheque dan set gas daripada Pengurus Wilayah Selatan Petronas Dagangan Berhad, Erwannudin Noor kepada Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abd Rahim. | Foto ihsan Facebook Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation

 

 

ISKANDAR PUTERI — Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menerima sumbangan sejumlah 500 set gas daripada PETRONAS bernilai sebanyak RM79,550.

 

Kesemua set gas itu disumbangkan bagi membantu mangsa banjir negeri Johor khususnya kepada mereka di Daerah Batu Pahat baru-baru ini.

 

Sumbangan telah diserahkan oleh Pengurus Wilayah Selatan Petronas Dagangan Berhad, Erwannudin Noor kepada Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abd Rahim.

 

Turut hadir, Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md. Ali.

 

Hishamuddin pada sesi penyerahan itu merakamkan penghargaan kepada PETRONAS atas sumbangan yang diberikan.

 

“YRZSNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS atas sumbangan tersebut yang dilihat sebagai suatu usaha bantuan pasca banjir yang penting terutamanya bagi mereka yang bakal menyambut perayaan Hari Raya nanti,” katanya.

 

Sementara itu, Nasri mewakili Daerah Batu Pahat menjunjung kasih kepada DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah atas atas keprihatinan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Batu Pahat.

 

Untuk rekod, Batu Pahat merupakan daerah yang terjejas teruk akibat bencana banjir dengan melibatkan kira-kira 38,000 orang penduduk.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor