ZIARAH RAMADAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani menyampaikan sumbangan sempena program Ziarah Ramadan Tahun 2023.

 

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor mengadakan program Ziarah Ramadan Tahun 2023, hari ini, yang telah diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

 

Ziarah Ramadan diadakan bagi membantu meringankan beban kakitangan yang memerlukan khususnya ketika bulan Ramadan, selain mengeratkan lagi tali persaudaraan silaturrahim di kalangan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Dalam program berkenaan, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi telah berkesempatan meluangkan masa menziarahi salah seorang anak kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Kamarudin Abdullah yang menghidap penyakit kanser darah kira-kira jam 12 tengah hari.

 

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Mohd Noh Ibrahim serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan selaku Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Encik Fairuzahri Jalaluddin.

 

Program Ziarah Ramadan Tahun 2023 yang merupakan cetusan idea dan inisitaif YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi itu, turut disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Selain mengimarahkan lagi bulan yang mulia, kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah menyuntik semangat kakitangan yang disantuni.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor