MAHKOTA NSL KEKAL MILIK JOHOR JEWELS


Aksi perlawanan akhir Liga Super Bola Jaring (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Piala Liga Super Bola Jaring (NSL) kekal di bumi selatan selepas Johor Jewels berjaya menundukkan KL Wildcats 47-43 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelum perlawanan, skuad bimbingan Tracey Robinson ini mendapat suntikan semangat daripada YAM Che’ Puan Besar Khaleeda yang meluangkan masa bertemu mereka di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

YAM Che’ Puan Besar Khaleeda juga turut hadir ke Stadium Juara bagi memberikan sokongan terhadap Johor Jewels.

Johor Jewels mempertahankan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut. Lebih memberangsangkan, skuad ini juga mendominasi dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua sembilan perlawanan.

Tahniah Johor Jewels!

#RuleTheCourt #SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor