MUSIM TENGKUJUH DIRAMAL BERMULA SABTU INI


Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku ketika awal MTL bermula November hingga Januari tahun depan di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan barat Sarawak. | Foto Hiasan

 

Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada 11 November ini dan berterusan sehingga Mac 2024.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku ketika awal MTL bermula November hingga Januari tahun depan di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan barat Sarawak.

 

Malah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain seluruh negara sekiranya luruan monsun kuat dan sistem cuaca tekanan rendah yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah.

 

METMalaysia juga memaklumkan risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan perlu sentiasa peka dengan maklumat, ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan oleh METMalaysia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor