MAINJ SEDIA 34,000 SERAGAM SEKOLAH AGAMA UNTUK MURID ASNAF


Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Sh. Haffie Awab, memaklumkan bagi tujuan itu, pihaknya akan mula mengagihkan inisiatif terbabit secara berperingkat lebih awal sebelum sesi baharu persekolahan bermula. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Sempena semester baharu sesi persekolahan 2024 akan datang, Pusat Jahitan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membekalkan kira-kira 34,000 pasang pakaian seragam sekolah agama yang disediakan khas kepada murid daripada golongan asnaf.

 

Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Sh. Haffie Awab. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Sh. Haffie Awab, memaklumkan bagi tujuan itu, pihaknya akan mula mengagihkan inisiatif terbabit secara berperingkat lebih awal sebelum sesi baharu persekolahan bermula dan ia diharapkan dapat membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh Negeri Johor.

 

Katanya bagi maksud itu, sebanyak 10,000 pasang pakaian seragam sekolah agama ini akan mula diagihkan pada peringkat awal dan seramai 17,000 murid akan menerima manfaat itu dengan masing-masing akan menerima sebanyak dua pasang apabila semua pakaian ini disiapkan kelak.

 

Sementara itu, Tenaga Pengajar Pusat Jahitan MAINJ, Rafidah Kenit memberitahu, untuk menyiapkan seragam sekolah agama bagi 20 murid, pihaknya perlu menggunakan sebanyak 10 helai kain yang kesemuanya dijahit oleh tukang jahit yang juga berlatar belakang daripada golongan asnaf.

 

Tenaga Pengajar Pusat Jahitan MAINJ, Rafidah Kenit. Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Tambah Rafidah lagi, setiap proses bermula dari kerja menjahit sehingga pembungkusan juga akan dilaksanakan di pusat ini.

 

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Waqaf An-Nur ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada golongan asnaf khususnya mereka yang bekerja di Pusat Jahitan MAINJ ini, sekali gus dapat menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka miliki dengan menjahit pakaian sekolah.

 

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor