MB UMUM BANTUAN TAMBAHAN RM500,000 NAIKTARAF PASAR AWAM DI SIMPANG RENGGAM


Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama dengan masyarakat Simpang Ringgam / Sumber Facebook Onn Hafiz

 

SIMPANG RENGGAM — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan bantuan berjumlah RM500,000 dalam lawatan kerjanya di Simpang Renggam.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan peruntukan tambahan bagi kerja menaiktaraf fasa 2, pasar awam dijangka siap pada hujung tahun ini.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India di Simpang Renggam sempena ketibaan perayaan Deepavali.

“Saya gembira dapat balik kawasan di Simpang Renggam dan bertemu rakan-rakan serta penduduk setempat. Selain sempat memenuhi jemputan MIC Bahagian untuk sambutan Deepavali, saya berpeluang melawat pasar awam yang sedang dibina serta kawasan Hutan Bandar Simpang Renggam.

“Di kesempatan yang ada, saya telah mengumumkan beberapa bantuan termasuk RM500,000 sebagai tambahan kepada kerja naiktaraf fasa 2 pasar awam yang dijangka siap hujung tahun ini. Sumbangan kepada 400 orang masyarakat India di Simpang Renggam sempena Deepavali,” katanya menerusi posting dimuatnaik di Facebook rasminya

Onn Hafiz turut menzahirkan harapan semoga segala bantuan dan kemudahan tersebut akan terus memberi lebih kesejahteraan kepada penduduk setempat.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor