MBPG-PIS METERAI MoU KUKUH KERJASAMA


Memorandum persefahaman antara Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dimeterai, semalam.

 

Memorandum persefahaman bagi membangunkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, perundingan, khidmat khas, peningkatan latihan serta pensijilan professional telah dimeterai, semalam.

 

Perjanjian yang dijangka bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tersebut selari dengan hasrat MPBG dan PIS dalam melahirkan modal insan keluaran politeknik yang mampu memacu pembangunan sumber manusia negara melangkaui tahun 2030.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor
#JohorBahru