MEDIA BERPERANAN BENTUK MINDA, MENTALITI BANGSA JOHOR KELAS PERTAMA
Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf peranan pengamal media di negeri ini, dalam merealisasikan impian Johor menjadi sebuah negeri maju dengan cara dan acuan tersendiri.
Bagaimanapun, untuk menjayakan impian berkenaan, pengamal media diseru untuk berusaha melakukan gerak kerja pelaporan secara ‘extraordinary’ mengikut kreativiti masing-masing.
Johor diyakini mampu menjadi negeri termaju di negara ini, dari segi infrastruktur dan prasarana mahupun ekonomi serta tidak terkecuali pemikiran dan nilai Bangsa Johor yang dikagumi.
Pesanan tersebut dititipkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Saujana, hari ini.
Turut hadir, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor; YBhg. Saiful Hisham Mansor, Pengarah Penerangan Negeri Johor; YBhg. Azman Hashim, Pengarah Penyiaran Negeri Johor serta YBhg. Mohamad Fauzi Ishak, Presiden Kelab Media Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor