MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU PEMIMPIN PELAJAR


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama delegasi pemimpin pelajar dari Johor Student Leaders Council | Sumber gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama delegasi pemimpin pelajar dari Johor Student Leaders Council (JSLC) diketuai Presidennya, Muhammad Haziq Sahari.

 

Menurut beliau, JSLC berperanan mengenalpasti bakat-bakat muda Johor dalam pelbagai bidang serta melahirkan bakal pemimpin seawal usia 15 tahun.

 

“Selari dengan Teras Ke-6: Orang Muda Johor di bawah Agenda Maju Johor, kerajaan negeri komited untuk sentiasa memupuk bakat kepimpinan serta keupayaan golongan belia dan pelajar Johor secara holistik.

 

“Atas sebab itu, kerajaan negeri memberi komitmen untuk para pelajar dan belia JSLC diserapkan ke dalam program-program kepimpinan di bawah seliaan Institut Dato’ Onn (IDO) setelah tamat pengajian,” kata beliau.

 

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri juga menyokong penuh penganjuran program Johor International Student Leaders Conference yang akan mengumpulkan para pemimpin pelajar dari dalam dan luar Johor, yang bakal berlangsung mulai Februari ini.

 

“Saya berharap usaha kerajaan negeri serta agensi berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), IDO dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), dapat melahirkan generasi pemimpin muda Bangsa Johor yang akan memberi sumbangan sewajarnya dalam misi menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor