TEAM MEDIK 7 BRIGED BANTU MANGSA BANJIR


Pasukan Perubatan 7 Briged memeriksa kesihatan mangsa banjir di sekitar pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar negeri Johor / Gambar Ihsan 7 Briged.

 

ISKANDAR PUTERI — Team Medik Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) menyediakan pasukan perubatan bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar negeri Johor.

Bagi tujuan itu, seramai empat pegawai dan lapan anggota lain-lain pangkat (LLP) terlibat dalam menyediakan pasukan terbabit di kawasan tanggungjawab (KTJ) sekitar negeri ini.

Mereka diberi tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan seperti pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma kepada orang ramai khususnya mereka yang terkesan dengan kejadian banjir.

Rawatan ini bertujuan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit terutama bawaan air daripada berlaku dalam kalangan mangsa banjir dan pada masa sama memberi kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Perkhidmatan pasukan perubatan bergerak Team Medik 7 Briged akan diteruskan sehingga semua PPS ditutup dan pelaksanaan inisiatif ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJaya