MENTERI BESAR LAWAT MANGSA BANJIR


Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengunjungi dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara. | Foto Ihsan FB Onn Hafiz Ghazi.

 

Susulan kejadian banjir melanda sekitar Parlimen Tebrau yang menjejaskan beberapa kawasan, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menyeru kepada rakyat terutama mendiami kawasan berisiko tinggi agar sentiasa berada dalam keadaan waspada.

 

Beliau turut memohon kepada rakyat di kawasan tersebut supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan peka dengan segala maklumat mahupun arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dari masa ke masa.

 

Terdahulu, Menteri Besar mengunjungi dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara yang menempatkan mangsa banjir di DUN Tiram serta Puteri Wangsa.

 

Selain bertanya khabar dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, beliau juga menyantuni petugas keselamatan serta sukarelawan di kedua-dua PPS berkenaan.

 

Hujan berterusan tanpa henti telah menyebabkan lebih 500 penduduk di Kampung Sentosa Damai, Kampung Sentosa Barat, Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau terpaksa dipindahkan ke PPS.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor