SWM ENVIRONMENT KUMPUL 390 TAN BARANG KITAR SEMULA


Penglibatan hampir 170 buah sekolah rendah untuk Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) berjaya mengumpulkan 390,000 kilogram barang kitar semula. 

 

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) berjaya mengumpulkan 390,000 kilogram barang kitar semula dengan penglibatan hampir 170 buah sekolah rendah di seluruh negeri ini, sepanjang tempoh penganjuran Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) pada tahun ini.

 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment memaklumkan IMELC 2023 telah mencipta rekod baharu bagi kutipan kitar semula yang meningkat hampir 40 peratus berbanding edisi tahun sebelumnya.

 

Peningkatan signifikan sepanjang tujuh tahun sebagai rakan utama IMELC sejak tahun 2017 merupakan indikasi positif terhadap pelbagai inisiatif Komunikasi, Pendidikan, dan Kesedaran Awam (CEPA) dilaksanakan bersama sekolah-sekolah rendah di seluruh negeri ini.

 

Sebanyak RM30,000 diperuntukkan bagi menjayakan IMELC pada tahun ini untuk menyokong objektif perlaksanaan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor dan Pelan Tindakan Iklim Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia 2030.

 

Terdahulu, SWM Environment selaku rakan strategik terlibat dalam Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon bertempat di Kompleks Sukan Educity anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor