NADI BANTU RAKYAT KUASAI TEKNOLOGI TERKINI

YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi menyempurnakan perasmian pembukaan NADI Bandar Senai. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#Kulai – Menerusi pengoperasian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar Senai membolehkan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai mengakses maklumat dan memanfaatkan teknologi untuk tujuan pendidikan, perniagaan dan pembanginan kemahiran digital.
Mula beroperasi pada Disember 2024, pusat yang dilengkapi dengan 20 unit komputer riba berserta capaian internet berkelajuan tinggi itu memberi manfaat kepada pengunjung sama ada pelajar mahupun usahawan mengikuti aktiviti secara dalam talian seperti e-Kelas dan e-Usahawan.
Di samping itu, dua NADI baharu juga bakal dibuka di Parlimen Sri Gading iaitu Kampung Bukit Sri Wangi, Batu Pahat dan DUN Larkin di kawasan Kebun Teh pada hujung bulan ini, yang bakal menjadikan keseluruhan 101 NADI beroperasi di negeri ini, sejajar inisiatif 1 DUN 1 NADI.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 568 lokasi di Negeri Johor dipilih untuk fasa dua pelaksanaan projek ‘Point of Presence’ (PoP) yang sudah bermula dengan 17 daripadanya telah siap dibina bagi menyedia kemudahan jalur lebar gentian optik menawarkan internet berkelajuan tinggi.
Antara sekolah terpilih sebagai lokasi projek PoP fasa satu di Parlimen Kulai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit dan SMK Bukit Batu. Manakala, fasa dua pula melibatkan 12 Sekolah Kebangsaan (SK) antaranya SK Sinar Bahagia, SK FELDA Inas dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kelan.
Terdahulu, YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi menyempurnakan perasmian pembukaan NADI Bandar Senai pada Sabtu lalu. Turut hadir, YBhg. Mohd Asnawi Amat Jupri; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kulai dan YBrs. Nurzie Ibrahim, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Johor.
#NADIJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor