NADMA SALUR RM50 JUTA BANTU MANGSA BANJIR JOHOR


Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM50 juta kepada Kerajaan Johor melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

 

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bantuan awal tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir disenaraikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

 

Beliau juga mahu pembayaran dibuat segera sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bagi perbelanjaan menggantikan perkakasan yang rosak serta kerja pembersihan.

 

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri melakukan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi yang menempatkan 382 penduduk daripada 111 keluarga.

 

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

 

Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan digerakkan bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi mengurangkan beban mangsa sebaik keadaan kembali pulih.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor