OPERASI TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN MASIH DITUTUP


Pengoperasian Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta dan Selai) masih ditutup dan akan dibuka ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak | Sumber Foto Facebook Johor National Parks.

 

ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) masih menutup operasi Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta dan Selai) yang dilaksanakan sejak awal Mac lalu sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

 

Dalam makluman di laman sosial Facebook rasminya, PTNJ memaklumkan penutupan itu terpaksa dilakukan berikutan kawasan terbabit menjadi antara lokasi terjejas teruk akibat banjir.

 

“Impak banjir yang melanda dua kawasan ini sangat teruk yang meliputi kerosakan bangunan, jalan masuk, kawasan chalet dan kemudahan infrastruktur yang lain.

 

“Selain itu, keadaan topografi dan struktur tanah yang tidak stabil serta berbahaya kepada pengunjung yang hadir bagi tujuan eko-pelancongan,” jelas kenyataan terbabit.

 

Susulan itu, pihak PTNJ mengambil langkah berjaga-jaga dengan masih tidak membuka lagi operasi bagi kedua-dua Taman Negara berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung.

 

Untuk rekod, PTNJ pada awal Mac lalu mengeluarkan arahan penutupan operasi bagi Taman Negara Endau-Rompin (Peta dan Selai) berikutan cuaca hujan lebat yang melanda negeri ini yang turut menyebabkan banjir.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor