PAHANG HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN TAMBAHAN BERJUMLAH LEBIH RM50,000 KE JOHOR


Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Misi Bantuan Pahang Prihatin ke Parlimen Parit Sulong. | Sumber foto: Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Pahang menghantar bantuan kemanusiaan tambahan untuk Johor selepas melancarkan Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Parit Sulong, hari ini.

 

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghantaran bantuan ke Parit Sulong itu melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM50,375.

 

Menurut beliau, sebelum ini penghantaran bantuan sama ke Johor telah dijayakan pada 4 Mac lalu, melibatkan pelbagai bentuk barangan keperluan asas bernilai RM70,535.

 

“Saya juga berharap semoga dengan penghantaran ini, ia dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir di Parit Sulong,” kata beliau di Facebook rasminya, hari ini.

 

Wan Rosdy juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan sukarelawan yang turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut.

 

“Saya harapkan agar anggota sukarelawan dapat menjaga keselamatan diri ketika bertugas.

 

“Saya juga berharap semoga dengan penghantaran ini, ia dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir di Parit Sulong,” katanya.

 

Terdahulu, Menteri Besar Pahang melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Parlimen Parit Sulong bagi membantu mangsa banjir, pagi tadi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor