PARKIR DI TOPPEN, JALAN-JALAN GUNA MyBAS


YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor hadir merasmikan Pelancaran Toppen Park and Ride MyBAS114 di The Topp, Toppen Shopping Centre, Johor Bahru. | Foto Ihsan Handal Indah

 

Usaha untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik di bandar raya Johor Bahru sememangnya bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata kerana ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

 

Peka dan prihatin terhadap masalah ini, pengendali rangkaian perkhidmatan bas henti-henti MyBAS Johor Bahru, Handal Indah Sdn Bhd dan pusat membeli belah Toppen mengambil inisiatif memperkenalkan ‘Toppen Park and Ride’,

 

Inisiatif itu bukan sahaja dilihat berupaya mengurangkan jumlah kenderaan di Johor Bahru terutama membabitkan laluan di Lebuhraya Tebrau, tetapi juga diyakini dapat mengatasi isu keadaan jumlah parkir yang agak terhad di sekitar pusat bandar raya berkenaan.

 

Riduan Salleh, Pengurus Projek MyBAS Johor Bahru dan Kumpool, memaklumkan isiatif ini akan dimulakan menerusi perkhidmatan MyBAS dengan kod laluan T14 yang akan beroperasi dari ‘Toppen Park and Ride’ ke JB Sentral bermula dari jam 4.50 pagi hingga 9.50 malam setiap hari.

 

Ia bukan sahaja memberi pilihan perjalanan baharu kepada pengguna tetapi juga penjimatan nilai tambang yang lebih murah iaitu sekitar 80 peratus berbanding penggunaan perkhidmatan e-hailing, selain ia turut menyediakan pas tanpa had bernilai RM50 dan juga kemudahan penggunaan aplikasi LUGO.

 

Lebih menarik, perkhidmatan MyBAS Johor Bahru juga turut menyediakan kemudahan tambang percuma kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan remaja bawah 17 tahun menerusi inisiatif myBASKonsesi yang turut dilancarkan semalam.

 

Sementara itu, Sergey Aristarkhov, Pengurus Besar Toppen, memberitahu bagi menyokong usaha itu, pihaknya memaklumkan terdapat 5,000 petak parkir di pusat membeli belah berkenaan yang boleh digunakan oleh pemilik kenderaan untuk meletakan kereta masing-masing terlebih dahulu, sebelum boleh menggunakan perkhidmatan myBAS laluan T14 ini untuk ke destinasi masing-masing di sepanjang laluan yang disediakan.

 

Terdahulu, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor hadir merasmikan Pelancaran Toppen Park and Ride MyBAS114 di The Topp, Toppen Shopping Centre, Johor Bahru pada Isnin.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor