PDPR MELIBATKAN SEKOLAH JADI PPS

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan seterusnya meninjau proses pemindahan dan menyantuni mangsa banjir di PPS SK Bukit Mutiara, hari ini. | Foto MDJ, Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kerajaan Negeri terus komited memastikan sesi akademik berjalan lancar dengan melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melibatkan sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Selain itu, pihak pengurusan sekolah diwartakan sebagai PPS turut diarahkan supaya berada dalam mod siap siaga dan bersedia untuk membantu kelancaran operasi menempatkan mangsa yang terjejas banjir pada bila-bila masa.
Setakat ini, sebanyak 11 sekolah di negeri ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi telah dijadikan PPS bagi memberi perlindungan kepada mangsa banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, SK Kampung Pasir, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang dan SJKC Pu Sze di Johor Bahru diikuti SK Melayu Raya, SK Seri Bukit Panjang, SK Kampung Sawah, SK Penerok dan SK Seri Bunian di Pontian selain SK Senai di Kulai serta SK Dato’ Usman Awang di Kota Tinggi.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan seterusnya meninjau proses pemindahan dan menyantuni mangsa banjir di PPS SK Bukit Mutiara, hari ini.
Sehingga jam 2 petang tadi, keseluruhan seramai 2,550 penduduk daripada 707 keluarga telah ditempatkan di 43 PPS yang beroperasi di empat daerah terjejas banjir dengan Johor Bahru merekodkan jumlah mangsa teramai dengan 784 orang.
#Banjir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor