PELAPORAN KEMAJUAN DIKELUARKAN SETIAP 4 BULAN


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kad pelaporan kemajuan status pelaksanaan program dan projek Belanjawan Johor 2023 akan dikeluarkan setiap empat bulan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ‘progress report card’ itu sebagai bukti komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam merealisasikan belanjawan negeri tahun hadapan itu.

“Dalam konteks kita pada hari ini, adalah jelas bahawa penggulungan belanjawan ini bukanlah satu tanda pengakhiran, sebaliknya satu titik permulaan yang sebenar.

“Perjuangan ini tidak boleh ditangguh-tangguh dan mesti segera dilaksanakan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan Johor 2023) Penggal Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-15, semalam.

Onn Hafiz berkata, beliau bersama barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dan setiap anggota perkhidmatan Awam Negeri Johor akan menitikberatkan proses pelaksanaan dengan pemantauan belanjawan seecara berterusan.

“Menggunakan kaedah garis masa berstruktur. Memastikan ROI atau ‘Return on Investment’ agar manfaatnya akan dinikmati oleh Bangsa Johor,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor