PEMIMPIN SETEMPAT BERPERANAN PENTING PASTIKAN PENEROKA FAHAM VISI, MISI FELDA


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berucap di Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan FELDA Wilayah Johor Bahru dan Wilayah Segamat. | Foto ihsan Facebook Norliza Noh

 

ISKANDAR PUTERI — Pemimpin setempat mempunyai peranan signifikan dalam memastikan agenda FELDA bergerak selari dengan hasrat Kerajaan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, hubungan baik antara peneroka, FELDA dan Kerajaan penting bagi menjayakan perkara tersebut.

 

“Peranan penting pemimpin setempat dalam memastikan agenda FELDA bergerak seiring dengan hasrat kerajaan.

 

“Pemimpin setempat perlu memainkan peranan penting dalam memastikan Peneroka FELDA faham akan visi dan misi FELDA pada masa yang akan datang,” katanya pada Isnin.

 

Terdahulu, beliau hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan FELDA Wilayah Johor Bahru dan Wilayah Segamat sempena Kursus Kempimpinan FELDA Wilayah Johor Bahru selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

 

Selain itu, Norlizah turut merakamkan ucapan Selamat Hari Peneroka FELDA 2023 kepada tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor