PERBINCANGAN PROGRAM DIPLOMA JDT-UTM DI PERINGKAT AKHIR


Perbincangan mengenai Program Diploma Sains Sukan dan Kecergasan khas untuk pelatih lepasan sekolah Akademi JDT Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memasuki peringkat akhir. | Foto Ihsan FB JOHOR Southern Tigers.

 

ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam peringkat akhir perbincangan lanjut mengenai Program Diploma Sains Sukan dan Kecergasan khas untuk pelatih lepasan sekolah Akademi JDT.

 

Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook JOHOR Southern Tigers, program itu akan menawarkan pilihan kepada pelatih Akademi JDT untuk meneruskan pengajian sambil mengejar impian menjadi pemain bola sepak.

 

“Mereka yang mengikuti Diploma juga kemudiannya mempunyai pilihan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda. Ini akan memastikan mereka juga mempunyai pelajaran untuk bergantung pada masa hadapan.

 

“JDT dan UTM juga telah mengaturkan sesi taklimat kepada para pelatih Akademi JDT untuk menyedarkan anak-anak muda tentang pilihan mereka di universiti selepas sekolah menengah,” jelas siaran tersebut.

 

Antara yang hadir termasuk Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards dan Pengurus Pembangunan Bola Sepak JDT, K. Sukumaran.

 

JDT dan UTM juga mempunyai hubungan yang sangat baik beberapa tahun kebelakangan ini di mana Pelatih Akademi JDT sepenuh masa tinggal di Asrama UTM dan menggunakan kemudahan sukan di sana.

 

Akademi JDT adalah satu-satunya akademi sepenuh masa kelab bola sepak profesional yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan. Luaskan Kuasamu Johor.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor