PERDANA MENTERI YAKIN JOHOR MAMPU NOKTAHKAN MISKIN TEGAR


YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Johor di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Komitmen Kerajaan Negeri menerusi strategi dan inisiatif bagi merealisasi sifar miskin tegar menjelang tahun 2027 mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan diterajui YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

 

Dalam memastikan pertumbuhan terus dipacu, Perdana Menteri memuji usaha Kerajaan Johor terhadap pembasmian miskin tegar hingga berjaya mengurangkan kepada kurang 2,000 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini.

 

Penghargaan turut dizahirkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) atas inisiatif dan program yang membantu golongan terbabit malah yakin Johor mampu menoktahkan miskin tegar dalam masa terdekat.

 

Antara usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri adalah proses pemutihan di semua daerah melalui kerjasama Pegawai Daerah, Ketua Jabatan, Penghulu, Ketua Kampung dan agensi terlibat dengan bancian di lapangan.

 

Sifar miskin tegar merupakan salah satu daripada empat indikator utama digariskan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang menjadi hala tuju bagi merealisasikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor