JOHOR BERADA DI LANDASAN TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU
Strategi tadbir urus berkesan Kerajaan Negeri berjaya meletakkan Johor berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan impian menjadi negeri maju menjelang tahun 2030 seperti dihasratkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Ditanya mengenai perkembangan semasa Negeri Johor, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menzahirkan rasa gembira dengan kemajuan yang ditempa menerusi pelbagai perancangan dan agenda seperti Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura.
Beliau yang merupakan mantan Menteri Besar Johor berharap segala inisiatif dan pembangunan direncanakan dapat direalisasikan oleh Kerajaan Negeri sekali gus memberi limpahan manfaat kepada rakyat terbanyak di negeri ini, seperti disarankan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Johor di Angsana Johor Bahru Mall yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor, petang tadi.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor