PERKUKUH INSTITUSI EKONOMI UNTUK BONGKAR POTENSI JS-SEZ

YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Penasihat Ekonomi Negeri Johor. | Foto Hasni Mohammed

 

#IskandarPuteri – Bagi memastikan Johor terus kekal kompetitif dalam arus persaingan serantau dan merealisasikan potensi penuh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), usaha memperkukuh institusi-institusi utama ekonomi negeri perlu diberi perhatian serius.

 

Antara cadangan strategik bagi menjayakan hasrat tersebut termasuk penstrukturan semula Invest Johor yang boleh dienakmenkan melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memberikan agensi pelaburan utama negeri kuasa autonomi, jelas YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Penasihat Ekonomi Negeri Johor.

 

Menerusi langkah berkenaan, struktur tadbir urus Invest Johor diyakini akan lebih tersusun dan berupaya menarik lebih ramai pakar profesional rentas pelbagai bidang sekali gus selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Johor destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

 

Selain itu, Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) juga dilihat wajar untuk dimaktubkan sebagai institusi atau entiti bersifat kekal dan holistik supaya mampu menyuntik keyakinan lebih tinggi dalam kalangan pelabur domestik serta antarabangsa dan institusi pendidikan dalam negara.

 

Turut dicadangkan adalah keperluan menyusun semula peranan Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) yang memiliki potensi besar menjadi pemacu utama pelaburan negeri dan bertindak sebagai ‘strategic vehicle’ Kerajaan Negeri dalam menjana pertumbuhan ekonomi secara inklusif dan mampan.

 

Cadangan-cadangan tersebut bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi juga menjadi strategi bagi membina asas jangka panjang ke arah Johor yang lebih progresif, berdaya saing dan bersedia menggalas peranan lebih besar dalam landskap ekonomi serantau dan global.

 

#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor