PERLUMBAAN BOT BERPOTENSI JADI PRODUK PELANCONGAN

Acara perlumbaan bot yang berpotensi menjadi produk pelancongan di kawasan Pengerang. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Pengerang – Perlumbaan bot di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat berpotensi menjadi produk pelancongan untuk menarik pengunjung dari dalam mahupun luar negeri ini, bagi menyaksikan pertandingan berkenaan.
Hari kedua Pertandingan ‘Boat Race’ @ Tanjung Surat sempena Tanjung Surat Fest 2025 berlangsung sengit dengan aksi hebat dipamerkan oleh peserta terdiri pelbagai latar belakang, namun miliki sasaran sama untuk bergelar juara.
Bagi Abdul Manan Mohd Fadzil, 33, akui semangat yang tinggi meskipun berhadapan cabaran keadaan berombak serta bergelora mendorongnya untuk berjuang sehingga ke garisan penamat sekali gus meraih tempat pertama bagi kategori Maharani.
Bersyukur dan gembira dengan kejayaan berkenaan, pembawa bot di kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas itu menyifatkan kemenangan diraih merupakan rezeki buatnya sekeluarga apatah lagi sesi persekolahan baharu akan bermula esok.
Manakala, Pipi Aisyah, 26, menggunakan kemahirannya mengendalikan bot sebagai sumber rezeki untuk menyertai pertandingan berkenaan seterusnya berjaya meraih tempat kedua bagi kategori 15hp Yamaha Standard (Perempuan).
Perlumbaan bot disertainya menjadi lebih bermakna bukan atas pencapaian peribadi meraih kejayaan dalam pertandingan berkenaan, tetapi perjuangannya yang simbol semangat dan kebanggaan untuk komuniti Orang Asli.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor