PESANAN TMJ BUAT ANAK MUDA JOHOR


DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, semalam berangkat ke Majlis Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

DYAM Tunku Mahkota Johor menghargai semua hadirin yang sudi meluangkan masa berada di majlis bersejarah tersebut. Baginda juga turut mengambil peluang menyampaikan pesanan kepada semua anak-anak muda Johor.

“Saudara saudari sekalian, Negeri Johor adalah negeri yang sangat unik dan kaya dengan sejarah negeri. Daripada pandangan ikhlas saya, saya ingin sampaikan kepada anak-anak muda Negeri Johor, janganlah kita senang sangat terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang takkan membawa untung pun pada negeri ini. Tidak kisah dalam prinsip mahupun polisi, situasi agama ataupun dalam situasi ekonomi.

“Cita-cita saya dari dulu hingga ke hari ini sangat konsisten. Di mana saya mahukan keputusan ataupun kemajuan negeri ini yang membuat keputusan dan kemajuan adalah anak Johor sendiri. Itu adalah cita-cita saya. Ini kerana, tiada orang yang lebih sayangkan anak Johor lebih daripada DYMM Tuanku dan saya,” titah Baginda.

#MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor