PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SUK JOHOR SARAT PELBAGAI PENGISIAN


Program Khidmat Komuniti SUK Johor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Johor Ke Daerah Pontian berlangsung meriah sarat dengan pelbagai pengisian | Sumber foto Pejabat Daerah Pontian.

 

ISKANDAR PUTERI — Program Khidmat Komuniti SUK Johor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Johor Ke Daerah Pontian berlangsung meriah sarat dengan pelbagai pengisian, hari ini.

 

Antara pengisian program yang disertai oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani adalah aktiviti baik pulih rumah, ziarah rumah dan penyampaian bantuan keluarga asnaf.

 

Kunjungan ke rumah pertama, Setiausaha Kerajaan Johor bersama rombongan telah melakukan kerja baik pulih rumah di mana bantuan daripada kerajaan negeri berjumlah RM15,000.

 

Selain itu, turut disampaikan sumbangan berupa bakul makanan daripada Pejabat Daerah Pontian dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

 

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani bersama rombongan bermotosikal berkuasa tinggi turut menyampaikan sumbangan peribadi sebagai meringankan beban penerima.

 

Bagi ziarah seterusnya, rombongan turut menyampaikan bakul makanan daripada Pejabat Daerah Pontian dan MAINJ selain sumbangan peribadi Setiausaha Kerajaan Johor dan rombongan.

 

Program Khidmat Komuniti SUK Johor kemudian diteruskan dengan Program Penanaman Pokok Bakau bersama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

 

Sasaran aktiviti adalah menanam 1,000 anak pokok bakau bagi mewujudkan persekitaran alam yang lebih baik di sekitar pesisir Tanjung Piai.

 

Turut menjayakan program adalah Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor, Dato’ Lukman Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Ismail Abu; Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran serta Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar.

 

Selain itu, program turut disertai Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Puan Sri Datin Dr. Noor Azizah Abdul Latiff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abdul Rahim.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor