RM3 JUTA TINGKAT PRODUKTIVITI SAWAH PADI JOHOR


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor (kiri) menyerahkan gambar potret sebagai cenderamata kepada YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (tengah). | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM3 juta dalam masa terdekat, bagi menjayakan Pelan Pembangunan Industri Padi dan Beras : Periuk Nasi Selatan.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada program lawatan ke tapak projek penanaman padi Negeri Johor di Homestay Anjung Sawah, Kampung Sawah Ring, Tangkak, hari ini.

 

Selain menzahirkan penghargaan terhadap usaha Kerajaan Negeri pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, KPKM berharap melalui pelan berkenaan dapat meningkatkan produktiviti sawah padi Negeri Johor daripada 4 kepada 6 tan metrik per hektar.

 

Pada lawatan sama, turut disampaikan ‘mock cheque’ berjumlah RM531,000 bagi Program Bantuan Tunai Fasa 2 Tahun 2023 untuk 885 orang pesawah di negeri ini, selain sumbangan 50 bakul makanan kepada pesawah, peladang dan penternak sekitar kawasan Sawah Ring.

 

Turut hadir, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor; YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang serta YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM.

 

Teras Kedua : Pembangunan Ekonomi di bawah Strategi Keterjaminan Bekalan Makanan dalam Belanjawan Johor 2024 menggariskan komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meningkatkan produktiviti pengeluaran beras menerusi inisiatif Pelan Pembangunan Industri Padi dan Beras : Periuk Nasi Selatan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor