ENAM PENERIMA BOMJ KOHORT DUA LANJUT PENGAJIAN KE UNIVERSITI TERKEMUKA DUNIA

Seramai enam penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) Kohort Dua bakal melanjutkan pengajian masing-masing di beberapa universiti terkemuka dunia dalam pelbagai bidang selepas mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level.
#IskandarPuteri – Seramai enam penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) Kohort Dua bakal melanjutkan pengajian masing-masing di beberapa universiti terkemuka dunia dalam pelbagai bidang selepas mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level, sebelum ini.
Amber Poi mencatat keputusan cemerlang apabila meraih 4A* dan bakal mengikuti pengajian dalam bidang ‘Sustainable Built Environment, Energy and Resources’ di University College London (UCL).
Sementara itu, Muhammad Faiq Fathullah Mohd Yazid dan Hemaraj A/L Thanabalan pula masing-masing memperoleh keputusan 3A 1A* dalam peperiksaan sama. Muhammad Faiq Fathullah bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Robotik dan Kepintaran Buatan di UCL, manakala Hemaraj pula akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Kimia di The University of Manchester.
Selain itu, Nur Maryam Norazam turut memperoleh 3A 1A* dan bakal mengikuti pengajian Kejuruteraan Biokimia di UCL, manakala Tan Wen Bin dengan keputusan sama akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di University of Pennsylvania.
Seorang lagi penerima, Nurul Hidayah Norazam, memperoleh 2A 2A* dan bakal mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UCL.
Pencapaian keenam-enam penerima itu bukan sahaja membanggakan keluarga masing-masing, malah ia juga menjadi kebanggaan Bangsa Johor serta membuka peluang kepada mereka untuk menimba ilmu, membina kepakaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa.
#JohorSafeZone
#BOMJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



