SAMBUTAN DEEPAVALI WADAH PERPADUAN, SEMANGAT KEBERSAMAAN


ADUN Larkin, Mohd Hairi Mad Shah bersama dengan masyarakat beragama Hindu di Kuil Sri Sivan, Larkin Jaya, semalam | Sumber Facebook Hairi Md Shah

 

ISKANDAR PUTERI — Kemeriahan sambutan perayaan Deepavali, esok, terus dirasai dengan penyampaian sumbangan kepada masyarakat beragama Hindu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah turut berpeluang singgah di Kuil Sri Sivan, Larkin Jaya untuk menyantuni masyarakat India di sana.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima sebagai tanda ingatan dalam meringankan persediaan menyambut perayaan tersebut.

“Seramai 50 penerima sumbangan sempena perayaan Deepavali hadir sama dan menerima sumbangan yang sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman buat mereka membuat persediaan menyambut perayaan,” katanya, semalam.

Mohd Hairi yang juga EXCO Kerajaan Johor turut menyifatkan sambutan perayaan sebagai wadah perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

“Suka untuk saya melihat sambutan perayaan seperti Deepavali ini dapat dijadikan wadah perpaduan dan menyemai semangat kebersamaan, bukan sahaja kepada kaum yang meraikan sesuatu perayaan itu.

“Paling penting semua kita berbilang kaum dapat meraikan bersama dalam keadaan penuh harmoni. Itulah ‘moment’ paling indah sebagai Bangsa Johor bagi saya,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor